Kursus Lain

492px-Microsoft_Office_Access_(2018-present).svg (1)

Kursus Microsoft Access

Kursus Microsoft Access ini ialah satu kursus yang dijalankan dengan motif untuk membantu peserta belajar cara menggunakan Microsoft Access untuk membuat pangkalan data lengkap dalam masa yang singkat. Kursus ini akan menumpukan kepada cara membuat pangkalan data, menyimpan dan memanipulasikan data serta membuat laporan data menggunakan Microsoft Access.

Microsoft Access adalah satu perisian untuk membina pangkalan data yang dibangunkan oleh
Microsoft Corporation. Microsoft Access dilengkapi fungsi Forms, Query dan Relationship. Perisian ini juga menyediakan fungsi Reports, memudahkan pengguna membuat laporan terus dari perisian ini tanpa perlu membuka perisian lain, sekaligus menjimatkan masa pengguna.

Di akhir kursus ini, pengguna akan belajar dan mampu menyimpan dan mengakses data dalam table, menganalisa data, menghubungkan data dan membuat laporan data menggunakan kelengkapan yang disediakan dalam Microsoft Access.

Microsoft_Office_logo

Kursus Microsoft Office

Kursus Microsoft Office ini terbuka kepada semua pihak, terutama sekali mereka yang baru mula belajar menggunakan komputer dan Microsoft Office. Microsoft Office ialah satu perisian yang boleh dilabel sebagai pakej, mengandungi pelbagai perisian yang sesuai untuk kegunaan sewaktu bekerja. Antara perisian asas yang disediakan termasuklah Microsoft Word, Excel dan PowerPoint. Kursus ini menumpukan kepada kemahiran asas menggunakan perisian yang terdapat dalam Microsoft Office dengan tujuan meningkatkan potensi mereka ke tahap yang baharu.

Di akhir kursus ini, peserta akan berupaya menggunakan semua fungsi asas perisian yang disediakan dalam Microsoft Office untuk melakukan kerja harian mereka dalam masa yang singkat, sekaligus meningkatkan produktiviti kerja mereka di tempat kerja.

Microsoft_Office_Word_(2018–present)

Kursus Microsoft Word

Microsoft Word adalah program word processing yang standard digunakan di kebanyakkan komputer. Dengan Word, anda boleh menghasilkan dokumen dan menyelesaikan beberapa fungsi lain berkaitan dengan word processing. Program ini membawa banyak kelebihan yang boleh anda manfaatkan.

Perisian ini digunakan untuk membuat, mengedit, dan memformat dokumen bertulis di tempat kerja, di sekolah, dan di rumah. Sebagai contoh, surat formal, resume, artikel dan laporan harian . Pengetahuan peringkat pertengahan dan lanjutan mengenai perisian ini boleh membawa kepada peluang pekerjaan kerana penggunaan Microsoft Word banyak digunakan banyak di tempat kerja.

Akreditasi

Dapatkan Sebut Harga / Brosur Sekarang

Sila isi borang pertanyaan di bawah untuk dapatkan sebut harga rasmi dan brosur. Lihat Soalan Lazim.